Skip to main content

Posts

Surah Al-Qadr سورة القدر

Surah Al-Qadr (surah ke 5 : 5 ayat) ini menerangkan tentang kemuliaan Lailatul Qadar Malam yang diangkat lebih mulia dari seribu bulan. Dimana turunnya para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Allah SWT untuk mengatur semua urusan dari malam sehingga ke terbit fajar.  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Recent posts

Surah Asy-Syarh (Surah ke 94 : 8 ayat)

Jadikan amalan yang konsisten, apabila selesai membaca Surah Yaa Siin (janganlah bercakap-cakap) hendaklah disambungkan dengan bacaan Surah-surah Pendek, sebagai contoh seperti surah berikut: 1. Surah Asy-Syarh (surah ke 94 : 8 ayat) Ia adalah surah mengenai perintah Allah kepada Nabi Muhammad SAW agar terus berjuang dengan ikhlas dan tawakal. Surah ini mengatakan apabila telah mengerjakan solat maka berdoalah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?   Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai

Cara-cara Mudah Menghafal Dan Ingat bacaan Surah

Umat Islam perlulah berazam untuk menghafal al-Quran dalam diri kerana ia dapat memandu arah kehidupan yang sejahtera, aman, malah ia juga boleh memberikan persepsi yang baik terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Disamping Al-Quran juga boleh memperkukuhkan akhlak, membimbing jiwa dan rohani agar hidup kekal cergas dan berilmu. Namun  begitu kita perlulah menuntut dan belajar dengan cara berguru. Allah SWT telah memberikan hidayahNYA dan mukjizat yang luar biasa melalui bacaan doa dan zikir yang pasti akan melengkapi kehidupan harian kita dari pagi sehingga waktu malam. Semakin banyak kita berzikir, semakin bertambah rasa syukur kita kepada Allah. Allah SWT telah mengurniakan nyawa diberi peluang untuk bernafas dan menjalankan ibadah-Nya. Hal yang demikian membuatkan kita semakin dekat kepada-Nya. Cara-cara Mudah Menghafal Dan Ingat Meluruskan niat Melaksanakan solat hajat Memohon doa dari guru-guru Yakin dengan keinginan untuk menghafal Memperbaiki bacaan Selalu berd

Surah Yaa Siin - سورة يس

Surah Yaa siin adalah surah yang ke 36 mengikut susunan surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran yang telah diturunkan selepas Surah Aj-Jin di Mekah iaitu sebelum berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Surah ini dinamakan sebagai Surah Yasin kerana ia dimulakan dengan huruf Ya dan Sin. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yaa, Siin.   Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,   Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,   Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).   Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,   Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.